Monday 14 January 2013

Jom Hadir Ke Malam Kebangkitan Rakyat di Rumah Ustaz Rivai pada 18.1.13 (Hari Jumaat)


Jom Hadir Ke Malam Kebangkitan Rakyat di Rumah Ustaz Rivai pada 18.1.13 (Hari Jumaat)

Angkatan Muda Keadilan [AMK] Cabang Tambun dengan hormatnya mnjemput Tuan/Puan Ke

MALAM KEBANGKITAN RAKYAT
ZON KAMPUNG TENGKU HUSEIN & TAMAN KLEDANG JAYA

TARIKH: 18 JANUARI 2013
HARI JUMAAT
MASA: 7.00 PETANG HINGGA 11 MALAM

BERTEMPAT DI RUMAH USTAZ RIVAI BATUBARA
239A, JALAN KELEDANG, KG TENGKU HUSSEIN TAMBAHAN, IPOH, PERAK

Aturcara:

1. Solat Maghrib Berjemaah
2. Tazkirah
3. Solat Hajat
4. Solat Isya' Berjemaah
5. Bicara Politik
6. Tayangan Video

Moh Hadir Ramai-ramai dan Jemput Semua Kenalan.

RAKYAT BANGKIT, TAMBUN BERUBAH!
Ke Arah Ipoh Baru

Wednesday 9 January 2013

Mana RPT Kami? Apa dah Husni dan Nadzri buat kepada Orang Manjoi?

Isu Pertama Mana RPT Kami? Wahai Sdr Husni dan Sdr Nadzri. Anda adalah orang-orang yang berpelajaran tinggi. Juga Sdr Nadzri pernah menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik.

1. Manakah RPT Manjoi Baru Tambahan? Saya katakan sekali lagi, RPT Manjoi Baru Tambahan? Saya bukan berkata tentang Kg Manjoi Baru Tambahan. Saya ulang sekali lagi, RPT MANJOI BARU TAMBAHAN!

2. Lihatlah di dalam Google Map di bawah ini:-

Kawasan yang dibulat merah adalah Cadangan RPT Manjoi Baru Tambahan
3. Pastinya orang Manjoi pernah melalui Jalan Selamat, Jalan Tapah, lintas Jalan Bunga Raya dan pastilah bertemu Jalan Kemuning. Jika keluar semula ke Jalan Tun Terang terus ke Simpang Tiga Jalan Alang Ishak dan bertemu semula di Jalan Selamat.

4. Kenapakah bekas lombong itu dibiarkan kosong? Kenapa Sdr Husni dan Sdr Nadzri tidak peka? Tiadakah anda berdua pernah punya rasa untuk memberikan peluang kepada generasi KEDUA Manjoi memiliki tanah  untuk membina rumah?

5. Tak payahlah kata nak bagi kepada orang yang tak menyokong UMNO. Pemuda UMNO pun tak dapat apa-apa? Tak malukah anda berdua sebagai wakil rakyat? Semua orang Tambun tahu, telah ramai sangat pemuda-pemuda yang kuat dan gigih membantu Husni dan Nadzri, tapi habuk pun tarak!

6. Saya suka mengingatkan Sdr Husni dan Nadzri, bahawa anda telah gagal! Gagal semutlaknya! Eloklah anda berdua BERUNDUR!

7. HUSNI YANG TELAH LEMAH WAJARLAH BERUNDUR SEGERA! 

Husni yang sedang menelefon seseorang untuk talian hayatnya....
Nota: Saudara Ahmad Akhdhor bin Dato' Haji Muhammad Rivai Batubara, selaku Presiden ARIF International Foundation  akan menulis suatu laporan kepada Pegawai Daerah Kinta bagi mendapat penjelesan daripada JKTD tentang kenapakah kerajaan GAGAL mengwujudkan RPT untuk rakyat Gugusan Manjoi.

Sunday 6 January 2013

The Lereng Camp di Ulu Chepor - Tanpa BN pun, anak Melayu boleh maju dan berjaya. Buktinya boleh dilihat mata!

1. Jika di DUN Hulu Kinta ada tempat rekreasi yang bernama The Banjaran, di sebelah DUN Manjoi juga kita boleh berbangga kerana adanya premis rekreasi dan latihan yang cantik dan menarik.

2. Ianya dinamakan - The Lereng Adventure Camp and Resort. Sila rujuk di sini: http://lerengadventure.blogspot.com/

3. Jadi amat jelas kepada kita bahaw BN sememangnya sudah korup idea. Gelanggang Rakyat yang sepatutnya milik rakyat hanya dimilik oleh Geng BN sahaja. Demokrasikah ini?

4. Wakil Rakyat mesti faham soal demokrasi dan kepimpinan. Atau sememangnya mereka tak mahu untuk mendengar rintihan rakyat.

5. Cuma hanya pandai berlakon. Kunun, pejuang rakyat dengan gambar-gambar picisan untuk menagih undi rakyat semata.

6. Satu persatu kita uraikan sehingga wakil rakyat ini faham bahawa mereka harus segera berundur dan beri laluan kepada orang-orang yang lebih bertanggungjawab.

7. PRU 13 nanti, Rakyat pasti membuat keputusan.

Friday 4 January 2013

UMNO Tambun kini sudah pincang!

1. YB Dato' Nadzri Ismail kini bukan lagi calon PRU 13. Banyak spekulasi mengatakan beliau akan meninggalkan UMNO Tambun dan tidak akan menyumbang dalam PRU 13 ini untuk UMNO Tambun.

2. Isu besar tentang kedudukan seorang berketurunan Cina kini menjawat jawatan sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Tambun.

3. Sdr Nasir Ismail, orang kuat UMNO Tambun dibuang oleh Dato' Husni daripada kepemimpinan bahagian.

4. Husni semakin menunjukkan kediktatorannya!