Wednesday 9 January 2013

Mana RPT Kami? Apa dah Husni dan Nadzri buat kepada Orang Manjoi?

Isu Pertama Mana RPT Kami? Wahai Sdr Husni dan Sdr Nadzri. Anda adalah orang-orang yang berpelajaran tinggi. Juga Sdr Nadzri pernah menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik.

1. Manakah RPT Manjoi Baru Tambahan? Saya katakan sekali lagi, RPT Manjoi Baru Tambahan? Saya bukan berkata tentang Kg Manjoi Baru Tambahan. Saya ulang sekali lagi, RPT MANJOI BARU TAMBAHAN!

2. Lihatlah di dalam Google Map di bawah ini:-

Kawasan yang dibulat merah adalah Cadangan RPT Manjoi Baru Tambahan
3. Pastinya orang Manjoi pernah melalui Jalan Selamat, Jalan Tapah, lintas Jalan Bunga Raya dan pastilah bertemu Jalan Kemuning. Jika keluar semula ke Jalan Tun Terang terus ke Simpang Tiga Jalan Alang Ishak dan bertemu semula di Jalan Selamat.

4. Kenapakah bekas lombong itu dibiarkan kosong? Kenapa Sdr Husni dan Sdr Nadzri tidak peka? Tiadakah anda berdua pernah punya rasa untuk memberikan peluang kepada generasi KEDUA Manjoi memiliki tanah  untuk membina rumah?

5. Tak payahlah kata nak bagi kepada orang yang tak menyokong UMNO. Pemuda UMNO pun tak dapat apa-apa? Tak malukah anda berdua sebagai wakil rakyat? Semua orang Tambun tahu, telah ramai sangat pemuda-pemuda yang kuat dan gigih membantu Husni dan Nadzri, tapi habuk pun tarak!

6. Saya suka mengingatkan Sdr Husni dan Nadzri, bahawa anda telah gagal! Gagal semutlaknya! Eloklah anda berdua BERUNDUR!

7. HUSNI YANG TELAH LEMAH WAJARLAH BERUNDUR SEGERA! 

Husni yang sedang menelefon seseorang untuk talian hayatnya....
Nota: Saudara Ahmad Akhdhor bin Dato' Haji Muhammad Rivai Batubara, selaku Presiden ARIF International Foundation  akan menulis suatu laporan kepada Pegawai Daerah Kinta bagi mendapat penjelesan daripada JKTD tentang kenapakah kerajaan GAGAL mengwujudkan RPT untuk rakyat Gugusan Manjoi.

No comments:

Post a Comment